Tag Archives: menanam sayur-sayuran

Menanam Sawi

PANDUAN MENANAM SAWI


PENYEDIAAN TANAH

Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam 15-20cm. Kemudian gula kan tanah yang berukuran 1.2m lebar, 7.5m panjang dan
20-30 cm tinggi disediakan.

PENANAMAN

Biji benih sawi boleh ditanam terus ke atas gugulah. Sebanyak 1.5kg biji benih digunakan untuk sehektar. Sebelum
menanam, biji benih dirawat dengan racun kulat thiram dan dicampur dengan pasir halus atau tanah peroi dan di tabur
sama rata ke dalam garis pada gulahan. Selepas 10-14 hari, penjarangan di buat mengikut ukuran yang dibenarkan,
yaitu 20cm antara baris (alur) dan 10cm antara sawi.

PEMUPUKAN

Bagi tanah mineral, pupuk organic diadukan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan pokok. Pemupukan yang
dibenarkan adalah seperti berikut:-
0.25 ton 0.4 kg NPK 15:15:15 3 minggu 3
0.25 ton 0.4 kg NPK 15:15:15 2 minggu 2
4 ton 6 kg Pupuk organic Sebelum menanam 1
Kadar/hektar Kadar/Batas Jenis Pupuk Masa tahunan

PENGUTIPAN HASIL

Daun sawi boleh di ambil 28-30 hari setelah menyemai. Sayur ini diambil dengan memotong pada bagian tanah.
Hasilnya boleh juga diambil apabila sawi mengeluarkan bunga. Pengeluaran hasil adalah di antara 10-16 ton/ha.
dan hasil purata ialah 14 tan/ha.

PENGAIRAN

Pohon memerlukan air yang banyak untuk tumbuh besaranya. Penyiraman air dua kali sehari dalam musim panas, secara
manual atau sistem pengairan renjis adalah dibenarkan.

KAWALAN RUMPAI

Kawalan rumpai dilakukan secara manual dilakukan dua kali sepanjang umur pohon. Racun glifosinate ammonium
boleh digunakan di keliling batas dan parit.

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT

Di antara serangga dan penyakit utama yang menyerang tanaman sawi ialah:

  1. Cabut dan buang pohon yang berpenyakit. Reput Daun ( Leaf Rot) (Corticum solani)
  2. Rawat biji benih dengan thiram. Bintik Daun( Leaf spot) (Cercospora spp.)
  3. Rawat biji benih dengan thiram. Amalkan tanaman giliran dan saliran yang baik.
  4. Reput Lembut ( Erwina carotovora)
  5. Siram racun Bacillus thuringiensis. Amalkan tanaman giliran. Ulat Plutela (Pluttel xylostella)
  6. Siram racun fenvalerate Ulat Pangkas (Cut Worm) ( Agrotis xpsilon)
  7. Siram racun malathion Kumbang Kutu ( Phyliotera sinuata Ateph)
  8. Siram racun fenvalerate Ulat Ratus (Army Worm) ( Spodoptera litura)
  9. Kawalan Jenis Serangga / Penyakit

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.